Notis Kelewatan Pre-Order

Dukacita dimaklumkan bahawa berlaku kelewatan oleh kilang kami bagi tempahan pre-order Mardina Safiyya® pertengahan Julai 2022.

Koleksi pre-order yang terlibat dengan kelewatan ini:

  1. Luvfa™ Ironless Suit 4.0
  2. Safiyya™ Telekung Moden
  3. Chanella™ Ironless Kaftan
  4. Luvlee™ Bawal & Niqab

Insya-Allah,

tempahan akan dihantar secara berfasa seawal minggu hadapan sebaik sahaja koleksi pre-order tiba di gudang kami.

Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf atas kelewatan ini dan sebagai tanda mohon maaf, kami akan berikan voucher RM10.00 untuk kelewatan ini (untuk tempahan dimasa akan datang) kepada pelanggan yang terlibat.

Voucher boleh dimohon melalui emel helps@mardinasafiyya.com dengan subjek emel: Voucher Mardina Safiyya

Para pelanggan yang dihormati boleh sertakan nombor tempahan dan emel yang digunakan semasa tempahan bagi kandungan emel untuk kami berikan anda kod voucher.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui helps@mardinasafiyya.com atau hubungi kami di nombor +605-710 2646.

Sekali lagi, 

kami ingin memohon maaf atas kesulitan dan kelewatan di pihak kami.