Notis PKPD dan PKP 3.0 bagi Kawasan Parit Buntar

Pada asalnya, Parit Buntar telahpun dikenakan PKPD bermula dari 28 Mei 2021 sehinggalah 10 Jun 2021.

Pejabat operasi Mardina Safiyya terletak dalam kawasan Parit Buntar dan antara perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi.

Namun, PKPD telah ditamatkan lebih awal berikutan PKP 3.0 sehingga 14 Jun 2021.

Pihak kami telah mengemaskini butiran MITI untuk beroperasi dalam tempoh PKP 3.0.

Untuk itu, kami mohon maaf atas kelewatan dalam penghantaran berikutan pada peringkat awal pihak kami tidak dapat beroperasi di pejabat untuk urusan penghantaran.

Insya-Allah, bagi tempahan koleksi ready stock akan dihantar bermula minggu hadapan secara berperingkat dan koleksi Jubah Maryam 1.0 akan dihantar seperti tarikh ditetapkan iaitu bermula 20 Jun 2021.

Kami mohon maaf atas kesulitan ini.